Selamat Datang

BENGKEL PEMANTAPAN NILAM

Pusat Kegiatan Guru Tanjong Karang telah mengadakan Bengkel Pemantapan NILAM pada 21 hingga 23 Julai 2009 bertempat di PKG Tanjong Karang . Kursus ini dihadiri oleh seramai 21 orang guru Perpustakaan dan Media . Bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru Perpustakaan dan Media bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan progaran NILAM di sekolah dengan berkesan.Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru-guru tentang cara-cara mengendalikan Program NILAM yang baik di sekolah masing-masing dan mendapat sambutan dari seluruh pelajar sekolah . Di samping dapat menghasilkan data nilam yang valid dan efektif.Bengkel selama 3 hari ini telah disampaikan oleh Puan Norsiah bt Khalil dari Pusat Kegiatan Guru Tanjong Karang dan Puan Norsidah bt Abdul Ghani dari SK Batu 9,Jalan Bomba.

pautan 2

Emel Sekolah Penyata Gaji STS iNilam Aduan Internet Sekolah TMSBB