Selamat Datang

profil

VISI PKG
Menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

MISI PKG
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi  pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

MOTO PKG
“Teknologi Untuk Pendidikan Bestari” 

MATLAMAT PKG 
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

OBJEKTIF PKG
1.   Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatan  
      kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan 
      pentadbiran sekolah serta kompentensi guru yang berterusan.
2.   Memberi khidmat bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan  
      teknologi pendidikan.
3.   Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi  
      kegunaan murid dan guru.
4.   Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi 
      meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
5.   Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi  
      menyokong peningkata kualiti pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI PKG
1.    Merancang, memantau, dan mengurus keperluan dasar teknologi  
       pendidikan 
2.    Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan 
       menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;
3.    Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan 
       pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah;
4.    Merancang, merancangkan dan menerbitkan bahan pengajaran dan 
       pembelajaran dalam pelbagai media;
5.    Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan 
       pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan literasi  
       maklumat;
6.    Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran serta 
       pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium 
       elektronik dan media cetak;
7.    Memantau dan menilai penggunaan teknologi dalam pengajaran, 
       pembelajaran dan pengurusan sekolah;
8.    Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan 
       inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.








pautan 2

Emel Sekolah Penyata Gaji STS iNilam Aduan Internet Sekolah TMSBB